Kilang OEM Johor : Memilih Pengilang OEM Yang Dipercayai
Bagi mereka yang berminat untuk membuat produk jenama sendiri, langkah utama yang anda perlu lakukan adalah memilih kilang OEM Johor yang menepati kehendak anda. Dengan penelitian, kajian yang teliti dan keserasian dengan kilang tersebut, anda bukan sahaja berpuas hati dengan produk yang dihasilkan, malah produk anda juga laris di pasaran nanti.
5 kriteria pemilihan kilang OEM Johor
Berikut adalah 5 kriteria pemilihan kilang OEM Johor sebagai panduan anda:
Harga Buat Produk yang Berpatutan
Sekiranya anda pernah menjadi ejen produk, anda pasti tahu harga produk yang anda jual adalah lebih mahal berbanding harga stokis atau harga owner. Selain itu, margin juga adalah kecil sekiranya anda menjadi ejen produk sampai bila-bila. Anda tidak mahu menjadi pemilik produk yang boleh dapat margin untung tinggi? Inilah peluang anda untuk memiliki produk jenama sendiri. Kilang OEM Johor akan menawarkan harga buat produk yang sangat kompetitif untuk anda.
Penghasilan Produk Sampel Berkualiti Tinggi
Penyediaan produk sampel daripada kilang OEM Johor adalah penting untuk usahawan produk. Tujuannya adalah untuk membolehkan usahawan produk meneliti sampel produk tersebut sebelum dipasarkan secara besar-besaran. Dia perlu meneliti warna, bentuk, wangian, dan tekstur produk agar ianya menepati kehendaknya.
Berikut adalah prosedur biasa untuk menghasilkan produk sendiri:
- Perjumpaan untuk perbincangan dengan kilang OEM Johor
- Pilih produk untuk sampel
- Kilang membuat pemprosesan
- Sampel siap dan terus dihantar ke outlet
Oleh kerana itu, usahawan produk perlu mencari kilang OEM yang boleh menghasilkan produk sampel berkualiti tinggi. Dengan kecepatan proses ini, usahawan produk tersebut tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan sampel produk.
Pengamalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice) atau GMP
Sebelum memilih kilang OEM Johor, anda perlu memastikan kilang yang dipilih mengamalkan Good Manufacturer Practice (GMP) dalam setiap aktiviti mereka. GMP adalah salah satu pengiktirafan oleh kerajaan untuk memastikan kilang tersebut layak menghasilkan produk OEM. Anda boleh bertanyakan kilang tersebut tentang standard GMP mereka dan bagaimana mereka mematuhinya. Ini untuk memastikan produk anda bukan sahaja selamat tetapi juga sesuai dengan standard anda.
Kilang Mempunyai Pensijilan HALAL, MESTi, KKM
Pilih kilang OEM yang sudah mempunyai sijil Halal untuk memudahkan proses anda meletakkan siri KKM (NOT / MAL) dan logo Halal pada produk anda. Selain itu, ia juga dapat membantu produk anda dipasarkan ke kedai farmasi atau pasaraya kerana syarat minima untuk memasarkan produk anda perlu ada:
- Pensijilan dari Badan Kerajaan seperti KKM
- Pensijilan dari JAKIM untuk HALAL
- MESTi untuk produk makanan
Sebilangan besar pengguna pada masa ini akan mencari siri KKM (NOT / MAL) dan logo Halal semasa mereka ingin membeli produk. Ini boleh menjadi titik mudah bagi anda untuk memenangi hati pelanggan anda.
Pilih Kilang Yang Mempunyai Kepakaran Khusus Dalam Niche Tertentu
Tidak semua pengilang boleh menghasilkan pelbagai jenis produk. Ada pengilang yang khusus kepada produk kecantikan sahaja. Ada OEM yang hanya boleh buat produk kesihatan sahaja. Oleh itu, anda perlu meneliti terlebih kepakaran sesuatu kilang itu. Lihat pada kriteria seperti:
- Apa kategori produk yang paling banyak diminta oleh pelanggan mereka?
- Apa sub-kategori produk yang laris di pasaran? Sekiranya produk kesihatan, apakah produk yang top? (skincare, produk kurus dan sebagainya)
- Kepelbagaian formula produk yang tersedia – lagi banyak pilihan formula, lagi banyak pilihan untuk penghasilan produk anda.
Sebagai contoh, kilang OEM Johor boleh menghasilkan produksi khas ubat batuk dalam skala besar untuk ubat-ubat farmasuetikal. Bagi anda yang ingin buat produk jenama sendiri, anda boleh memilih ubat batuk herba tradisional kerana produk ini tidak banyak di pasaran namun permintaannya adalah sangat tinggi di pasaran.
Kesimpulannya
Kesimpulannya, anda boleh meneliti tips di atas untuk membantu anda memilih kilang OEM yang anda ingini. Bagi anda yang tinggal di Johor, anda tidak perlu bersusah payah untuk ke Kuala Lumpur untuk menghasilkan produk sendiri
Kilang Yang Dipunyai Oleh Umz Bioline Manufacturer Sdn Bhd
- OEM Ulu Tiram (Minuman) di Johor – No.7, Jalan Tiram 6, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.
- OEM Ulu Tiram ( Supplement ) di Johor – No.9, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.
- (Ubat Tradisional – MAL Liquid) di Johor – No.9, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.
- Kilang OEM Ulu Tiram (Ubat Tradisional – MAL Oil & Cream) di Johor – No.11, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.
- Kilang OEM Ulu Tiram ( Kosmetik ) di Johor – No.17, Jalan Tiram 9, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.