Kita telah tengok ramai yang mampu menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat kerana buat produk sendiri. Ramai jutawan di Malaysia merupakan founder produk jenama sendiri. Sudah masanya anda juga menjadi seperti mereka yang berjaya ini. Hari ini saya nak kongsi produk yang boleh anda jual dan ada demand di pasaran.
Produk High Demand Di Pasaran
1. Produk kecantikan dan kesihatan.
Produk kecantikan dan kesihatan sentiasa ada tempat di pasaran samada kecantikan dari luaran atau dalaman. Target market produk ini biasanya adalah kaum hawa. Wanita adalah kuas beli yang besar kerana nalurinya yang sentiasa ingin kelihatan cantik setiap masa. Antara produk yang wajib adalah Produk kecantikan ini meliputi barangan kosmetik seperti:
- Gincu
- Foundation
- Maskara
- Lip matte
- eyeshadow
Produk yang sering digunakan juga ialah produk untuk rutin penjagaan diri seperti produk skincare dan mandian. Produk penjagaan diri ini juga mendapat perhatian dari lelaki kerana mereka juga sudah mula untuk menjaga keterampilan diri. Mankala bagi kesihatan pula biasanya pengambilan supplement tambahan sentiasa menjadi piliha mereka samada dalam bentuk sachet (serbuk) ataupun RTD (ready to drink). Banyak bukan pilihan kecantikan dan kesihatan? Anda hanya perlu pilih sahaja dan cari kilang buat produk sendiri.
2. Produk Penjagaan Bayi
Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk si manja mereka dengan menyediakan pelbagai kelengkapan bagi menyambut kehadiran si manja. Tidak mustahilah jika produk perniagaan bayi dari segi set mandian, set penjagaan bayi sentiasa sahaja sold out dipasaran. Antara set penjagaan bayi yang popular ialah:
- Minyak telon
- Balm Bayi
- Minyak aromaterapi
- Losyen bayi
Bagi set mandian pula:
- Head to toe
- Syampu bayi
- Minyak rambut bayi
- Krim bayi
- Gel mandian
Produk penjagaan bayi ini adalah produk yang sensitive kerana kulit bayi tidak sama dan kulit orang dewasa. Oleh itu biasanya ibu bapa jika sudah pilih sesuatu produk itu dan berkesan mereka akan sentiasa repeated untuk kegunaan anak mereka seterusnya. Nak produk anda orang repeated tak? Mestilah nak kan, jadi pilih kilang buat produk sendiri yang betul
Artikel berkaitan : Senarai Kilang OEM Berdaftar Di Malaysia
3. Produk Hygien
Tahun 2020 telah mengubah hampir seluruh hidup manusia selalunya kita tidak memandang pentingnya membasuh tangan dengan betul namun sekarang hampir setiap detik kita akan mencuci tangan untuk mengelak dari jangkitan covid 19. Oleh itu secara mendadak juga jualan hand sanitizer meningkat dan sentiasa sold out di pasaran. Kini hand sanitizer telah menjadi barang keperluan yang sentiasa di cari dan kepelbagai jenis bentuk, bau, dan isipadu yang ditawarkan di pasaran merancakkan lagi jualan produk ini.
4. Produk kesihatan untuk suami isteri.
Setiap perkahwinan menginginkan zuriat sebagai penyeri hidup mereka. Namun jika sudah beberapa tahun kahwin tapi masih belum mempunyai anak, biasanya pasangan suami isteri akan mencari alternative lain seperti mengambilan supplement tambahan dalam meningkatkan kesuburan. Antara produk yang popular ialah :
- Produk perapat
- Kopi kuat bagi lelaki
- Jus kesihatan Wanita
Produk yang berkesan sentiasa mendapat sambutan hangat. Sesuatu produk yang dicipta adalah untuk menyelesaikan masalah harian yang sering dihadapi. Anda perlu ada target untuk siapa anda keluarkan sesuatu produk itu supaya pelanggan lebih jelas.
Kilang Buat Produk Sendiri Bantu Anda Jadi Founder
“Pilihan kilang yang betul akan menentukan kejayaan produk anda di masa hadapan”. Peganglah ayat ini sebelum anda membuat sebarang keputusan. Admin akan memudahkan anda pilih UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd. Kenapa perlu pilih pengilang ini?
- Kilang berstatus GMP yang mengeluarkan pelbagai jenis produk iaitu meliputi produk kosmetik, minuman kesihatan, ubat tradisional.
- Kami menggunakan teknologi moden pada mesin ia boleh mengeluaran sesuatu produk dalam kapasiti besar.
- Kami menyediakan penyelesaian bermula dari penyelidikan dan pengembangan hingga perumusan, reka bentuk, pengeluaran dan pengedaran produk kosmetik, minuman kesihatan, ubat tradisional.
- Dari perbincangan, formula, sampel, penyediaan dan pembungkusan, kami akan melakukannya untuk anda.
- Pendaftaran produk di badan-badan berwajib seperti KKM, Halal, Mesti, MAL juga akan dibantu oleh kami.
- Beroperasi selama 15 tahun dan telah ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan, Kini giliran anda untuk kami mewujudkan impian anda.