Ramai founder yang berminat nak hasilkan produk penjagaan bayi, tapi tak tahu nak mula dari mana. Sebenarnya, ada cara lebih bijak — hasilkan set ibu & bayi dalam satu jenama. Selain nampak profesional, strategi ini juga boleh bantu anda jimat kos pembangunan dan pemasaran. Artikel ini akan terangkan kenapa ia pilihan yang menguntungkan dan bagaimana anda boleh mula langkah demi langkah.
Kenapa Set Ibu & Bayi Lebih Untung Berbanding Produk Satu-Satu
Nampak Lebih Eksklusif & Berkualiti
Bila pelanggan tengok satu jenama yang lengkap dengan sabun bayi, balm, lotion dan juga krim ibu, mereka akan rasa jenama itu lebih dipercayai dan profesional. Ini bantu bina keyakinan pengguna lebih cepat.

Jimat Kos Produksi & Pembangunan
Bekerjasama dengan kilang OEM berpengalaman seperti UMZ Bioline membolehkan anda hasilkan beberapa produk dalam satu masa dengan formulasi dan bahan yang saling melengkapi. Kos minimum bahan mentah, pembungkusan dan pendaftaran juga lebih rendah bila dibuat secara set.
Mudah Dipasarkan Sebagai “Bundle”
Set lengkap lebih mudah dijual secara “bundle” — contohnya Set Lengkap Ibu & Bayi, Set Penjagaan Lepas Bersalin atau Set Baby Starter Pack. Ini bukan saja menarik di mata pengguna, tapi juga meningkatkan nilai jualan per pelanggan (average order value).
Langkah-Langkah Untuk Founder Lancarkan Set Ibu & Bayi
Tentukan Konsep Jenama
Pilih sama ada nak tampilkan konsep organik, herba tradisional, atau moden premium. Konsep ini akan bantu kilang tentukan bahan dan bau yang sesuai untuk produk anda.
Pilih Jenis Produk Dalam Set
Antara kombinasi popular termasuk:
- Sabun atau body wash bayi
- Baby balm (ruam, gigitan serangga, selesema)
- Lotion atau minyak urutan
- Krim regangan untuk ibu
- Balm atau minyak herba untuk ibu berpantang
Anda boleh mula dengan 2–3 produk dulu untuk kurangkan risiko dan tambah produk lain kemudian.
Dapatkan Kilang OEM Berpengalaman
Pilih kilang berdaftar dengan KKM yang ada pengalaman hasilkan produk penjagaan bayi dan ibu. Kilang seperti UMZ Bioline Manufacturer menawarkan pilihan formula premium dan khidmat pendaftaran produk KKM lengkap untuk memudahkan founder baru.
Reka Pembungkusan Yang Seragam
Pastikan rekaan label dan warna untuk setiap produk dalam set nampak selaras dan profesional. Ini penting untuk branding — biar pelanggan kenal jenama anda hanya dengan pandang label botol.
Siapkan Pemasaran & Strategi Jualan
Gunakan pendekatan storytelling — contohnya kisah ibu yang mencari produk selamat untuk anaknya. Anda boleh pasarkan set ini di platform seperti Shopee, TikTok Shop dan kedai bayi tempatan.
Kesimpulan
Menawarkan set penjagaan ibu & bayi dalam satu jenama bukan saja jimat kos, tapi juga menaikkan imej jenama anda sebagai profesional dan dipercayai. Dengan bantuan kilang OEM berpengalaman seperti UMZ Bioline Manufacturer, anda boleh merealisasikan idea ini dengan cepat dan mudah — dari formulasi, pembungkusan hingga pendaftaran KKM.
Ushawan berjaya perlu bertindak segera untuk ada produk sendiri, Jom hubungi UMZ Bioline sekarang.